Assalammualaikum dan selamat petang semua ( mase tulis ni dah petang)
Saya nak berkongsi sedikit pengalaman saya ketika menghadiri temuduga di Tesdec Marang Terengganu pada baru baru ni. Saya berasal dari johor bahru dan bila dapat surat untuk pergi temuduga di Terengganu, saya fikir dua tiga kali. Ye la jauh kan. Lagipun saya tak pernah pergi ke Terengganu sebelum ini. So, lepas saya bincang dengan kakak saya, dia mengesyorkan saya pergi mencuba nasib. Bak kata orang tak cuba tak tau. Dan sememangnya konsep hidup saya selagi tak cube takkan tau dan kita mesti berani TRY and ERROR.
Jadinya tu, saya ambil keputusan nak pergi temuduga tu. Mak Abah macam tak nak bagi. Mungkin sebab saya anak bongsu kot. tu yang susah nak bagi keizinan pergi jauh. Tapi dengan adanya pertolongan daripada kakak saye, mereka benarkan.Sebab saya akan pergi ke rumah kakak yang ada di Puncak Perdana dulu sebelum ke Terengganu. Dari johor ke Selangor saya naik bas dari stesen bas Larkin. Saya pilih nak naik bas Causway link. Perkhidmatan bas tu okey sikit. Selalunya tak ada problem la kalau naik bas tu. Satu tips kalau nak naik bas expres kat Stesen bas Larkin ni. Anda mesti beli tiket di kaunter bukan pada ulat tiket. Kalau tak memang rabak la poket anda.
Then lepas sampai di selangor, saya tido satu malam di rumah kakak sebab esoknya saya akan ke terengganu. Pagi lepas tu saya siap siap la dengan berbaju kurung warna hijau tak silap saya. Tu pon rembat baju kakak..Hahahah... Pada surat tawaran yang saya dapat tu tulis temudega jam 2 petang. Akak pun belikan la tiket flight dalam kol 9.30 tak silap saya.. Lupe dah. Perjalanan ke Terengganu ambil masa dalam 1 jam gitu. Fuhh.. bile dah sampai Terengganu tu rase macam tak caye je. Lepas tu, saya ambil teksi kat airport. Mahal jugak la kena cas dalam rm 55 ringgit. Tapi pak cik teksi tu sporting dan nampak macam ada high education tau. Kagum aku.
Lepas sampai Kolej Tesdec tu, dh masok pintu pak guard tu, mule la hati deba semacam. Pak cik teksi tu antar smpi depan dewan yang di nyatakan sebagai tempat untuk hadiri temuduga. Saye tengok dh mule ada orang yang nak temuduga. Ah lupe nak cakap. Saya smpi dalam kol 11 lebih gitu la. Then saya mintak la pakcik teksi tu tunggu sampai saya habis temuduga. Lepas Pakcik tu setuju, saya terus masuk ke dewan. Then saya tengok dah ramai org. Rupenya masa temuduga dah di awalkan. Bukan kol 2 ptg tap kol 10 pagi. Nasib baik Sempat kalau tak sia sia datang dr jauh.
Lepas ambil borang , tunggu sekejap la. Sementare tu, try la search psl OSHA ni. Mane la tau dia tanya kan.. Boleh la ad backup jawapan. Lepastu no giliran saya sampai. Saya pon pergi la ke meja temuduga. Saya bagi dokument dan resume pada penemuduga. Dia tanya la, kenapa pilih kos OSHA ni. Sya pon cakap la sebab pernah belajar mase diploma dulu dan berpendapat dengan hadiri kurusus ni saya akan mudah dapat kerja lepas habis nanti. then dia tanya lagi, apa keadaan yang berkaitan dengan OSHA. Saya jawab la, bagi contoh di kawasan pembinaan, perlu ada safety seperti menggunakan peralatan PPE. Kawasan pembinaan perlu mengambil kira ketinggian sesebuah tembok banngunan tu supaya tak berlaku keadaan yang tidak diingini.Bla,,blaa,blaaa
Temuduga nya tak sampai pon 20 minit dh siap. Tawakal je la kan..dapat tak dapat nasib la. Saya pon balik la . G airport untuk ke KLIA. BAgi saya, selagi ada peluang, kita cuba je. dapat atau tidak terpulang dengan usaha dan Kuasa Allah.
sala. tumpang tanya.. soala yg diorg tanya dalam english ker melayu?
ReplyDelete