Tuesday, 23 April 2013

INI TAKDIR AKU



 

Semenjak dia datang menghulurkan salam perkenalan…aku tak pernah menjangka persahabatan aku dan dia sepanjang ini..saat kau datang memberi cinta tidak ku sangka akan menjadi se serius ini.. dahulu kau menjadi kan hari-hari ku ceria dengan pesanan ringkas dan panggilan yang kau buat…jelas..hati ini mudah terpaut pada setiap kebaikan dan kata-kata manis yang kau tabur..ketika kau menawarkan sebuah ikatan lebih dari persahabatan..aku senang sekali..tanpa aku menyadari perasaan aku ketika itu bukan sayang tapi sekadar suka... meniti setiap hari  bersama mu membuatkan aku leka..dan apabila aku menyedarinya ia sudah terlambat...aku bersalah kerana bermain dengan perasaan… 

hanya kata maaf yang boleh aku ucapkan untuk mengakhiri hubungan itu…ya..memang ketika itu aku seolah-olah belum fasih dengan perasaan…aku masih tidak mengerti apa itu cinta…begitu kejam nya aku membiarkan kau sendirian melayan perasaan yang tersulam atas kebodohan aku… tapi…aku lega kerana kau tidak menyimpan sebarang dendam kepada ku..kau terlalu baik…tidak layak jika aku digandingkan dengan kau...selama itu kita terus berteman…dalam diam aku rindu dengan setiap apa yang kau katakan..namun…kau semakin jauh dari ku..mungkin mengubat luka yang aku toreh di hati…lama kau menghilang…aku tetap tunggu..tanpa seorang pun tahu..

mungkin dia telah berjumpa gadis yang lebih baik dari aku…aku redha..kerna aku yang memilih untuk memutuskan hubungan antara kita…memang susah untuk aku melupakan orang pertama yang menjadi kekasih ku walaupun aku merasa hati ini belum termiliki oleh nya..tapi berat untuk aku menerima kenyataan jika dia sudah berpunya..aku juga keliru dengan sikap aku..aku yang inginkan perpisahan ini terjadi..tapi kenapa aku juga yang ingin ia kembali…sudahnya aku yang bermandi kesedihan…hingga lah aku hampir berjaya melupakan dia…aku akan menjadikan dia sebagai kekasih yang pertama dan mungkin yang terakhir aku sepanjang aku hidup di bumi yang nyata ini…tapi..Tuhan tidak mengizinkan aku untuk melupakan dia saat itu…mungkin belum masanya untuk aku melupakan segala kebodohan yang aku cipta dulu..dia datang merisik khabar..fikiran aku menyuruh aku untuk berdiam diri tapi hati terlalu melompat keriangan..memang…

jika diikutkan aku memang tidak mahu berhubungan dengan dia…terlalu banyak alasan yang aku boleh kemukakan…bukan hanya kerana aku merasa bersalah kerana memutuskan hubungan yang pernah terjalin dahulu..tetapi juga kerana rasa kecewa yang berbekas di dalam hati ini…yaa..itu la sebab mengapa aku memilih untuk terus berkawan sahaja berbanding mempunyai hubungan istimewa dengannya…sikapnya yang jarang menghantar msg kepadaku membuatkan aku rasa kecewa..tidak seperti orang yang bercinta kebanyakannya…untuk membalas msgku juga mengambil masa yang lama…aku cuba untuk fikir positif..mungkin dia terlalu sibuk sehingga untuk memsg aku tidak berkesempatan..tapi apa pula jadinya jika dia seakan tidak pernah fokus mendengar setiap cerita atau luahan yang aku ucapkan…atau aku yang salah anggap atas semua alasan yang ada…mungkin juga ia salah diriku sendiri…mungkin kerana aku sendiri yang tidak tahu menilai sesebuah hubungan yang terjalin…apa aku yang patut disalahkan dalam hal ini…

kalau memang begitu aku minta maaf…semenjak dia kembali hadir setelah sekian lama menyepi aku merasa seolah-olah dia kembali hanya untuk membalas dendam atas kekecewaan yang aku berikan dahulu..terlalu sukar untuk aku mempercayai kata-kata seorang lelaki…walau bagaimanapun aku tetap memberinya peluang untuk bersama sebagai pasangan kekasih…kerana itu la permintaannya..dia meminta ku memberinya peluang untuk dia membuktikan yang dia betul-betul ingin bersama dengan ku seperti dulu..oleh kerana rasa bersalah kerana perbuatan ku memutuskan nya dahulu membuatkan aku terima permintaan nya..aku tidak mengharap lebih..aku hanya berharap jika ini adalah rancangannya untuk membalas dendam nya kepada ku..aku akan menjalaninya dengan sabar…aku bukan berniat untuk mempermainkannya untuk ke sekian kali tetapi sekadar untuk mengubati rasa sakit yang mungkin dia alami sewaktu dulu aku memutuskannya..aku mengambil risiko untuk aku di lukai…

hanya kerana aku ingin menebus rasa bersalah yang ada dalam diri…sejak itu aku mula membuka ruang untuk dia hadir dalam hidup aku walau sukar untuk aku menjalaninya…aku masih lagi mencuba belajar  untuk melayani pasangan…kali ini aku lebih serius untuk bersamanya…mungkin kerana aku juga menyukainya…Cuma saja aku tidak tahu cara untuk memberitahunya..biarlah waktu yang akan membuatnya sedar akan perasaan ini…sejujurnya perasaan ini sudah muncul semenjak di sekolah menengah lagi…sebelum dia menghulurkan cinta nya pertama kali untuk ku…aku sudah memiliki rasa ini…tapi aku terlalu ego untuk mengakuinya..sehingga aku merasa hubungan ku hambar dan mengambil keputusan untuk memutuskan hubungan itu…tapi kali ini aku berazam..dengan terjalinnya hubungan ini untuk kali kedua…

aku tidak mahu memutuskannya..biar lah dia yang memutuskan hubungan ini jika suatu saat dia sudah bertemu dengan gadis yang di inginkan nya…kali kedua bercinta dengan orang yang sama..membuat aku lebih terbuka bila bersama..walau pun kita tidak pernah berjumpa seperti pasangan bercinta yang lain…aku tetap gembira…aku merasa bagaimana perasaannya apabila ada yang mengambil berat tentang diri aku…bahagia..itu saja yang boleh terucapkan… aku membiarkan dia untuk terus bersama dengan aku walhal aku juga tidak pasti apa yang terbuku di dalam fikirannya…mungkinkah dia akan meninggalkan aku saat aku membutuhkannya nanti…mungkin kah dia mempunyai dendam kepada aku atau dia memang ikhlas untuk bersama dengan aku…aku cuba berwaspada..aku tidak mahu menangis kerana lelaki..

aku takut segala kata-kata manis yang diberikan selama ini hanya dusta untuk memerangkap aku bagi melunasi dendam yang ada..tapi wujud kah dendam itu…apa aku harus melupakan fikiran negatif aku yang menyatakan dia hanya ingin membalas dendam nya…mungkin sudah sampai masa nya untuk aku percaya kepadanya..kerna selama ini dia tidak pernah sekalipun memberi luka di hati..mungkin benar…dia memang ikhlas untuk menjadi kekasih aku…dia terlalu baik…kadang aku merasa aku seperti tidak layak untuk bersamanya ….tapi aku akan mencuba untuk terus setia padanya…aku pernah menghantar status relationship kepadanya melalui fb..tetapi..status itu tidak mahu diterimanya..aku memang kecewa..seolah-olah aku mengemis cinta padanya..malu bukan kepalang…

dia memberi alasan yang dia segan…mungkin dia segan kerana aku tidak cantik dan tidak sehebat kekasih temannya yang lain…aku cuba untuk menjadi yang terbaik untuk nya..aku hanya ingin dia bangga memiliki kekasih seperti aku…aku cuba untuk belajar menjadi yang terbaik walaupun itu sukar untuk aku…aku berusaha untuk sentiasa berfikiran positif untuk setiap kata-katanya…walaupun di kepala terlalu banyak kemungkinan yang di fikirkan…tapi semuanya tersimpan kemas di fikiran…segala ketidakpuashatian aku simpan…segala keraguan aku simpan…hanya kerana aku sedar diri…mungkin inilah cara dia membalas dendam …walaupun aku sempat percaya yang dia ikhlas untuk bersama aku  kembali..tapi aku juga tidak lupa janji ku sewaktu menerimanya untuk kali kedua dahulu…bahawa aku akan memberi dia peluang untuk dia menyakiti aku bagi melunasi segala dendam yang mungkin terbuku di hatinya…

lagi sakit bila seseorang yang tidak aku kenali menghantar chat di fb ketika aku sedang asyik menerokai dunia fb..aku tidak tahu siapa dia..dia perempuan…tapi bila dia memberitahu yang dia mengenali kekasih aku iaitu kau..aku mula merasa pelik..tapi aku tidak terlalu emosi untuk mengaku terus yang aku ini adalah kekasih kau…dia terus bercerita…kisah perkenalan dia..dengan kau…segala tentang kau…dia mengenali adik-adik kau…dan yang lebih menyakitkan hati bila dia memberitahu tentang hubungan sebenar dia dan kau sewaktu dahulu…saat itu aku sedar…selama perkenalan kita…kau tipu aku…memang dia dan kau sudah tidak mempunyai apa-apa hubungan lagi sekarang…tapi kau tetap penipu…dulu kau kata pada ku yang kau tidak pernah bercinta atau mempunyai hubungan dengan mana-mana perempuan…tapi siapa pulak perempuan yang berada di hadapanku sekarang…aku buntu…kalau betul kau ikhlas dengan aku..kenapa kau tipu aku dari dulu lagi…semua ini bermula dari satu status fb yang ada di wall kau..bila aku tengok post yang di kirim oleh seorang gadis aku mula terasa hati…kata-kata  dari post itu seolah-olah sudah menunjukkan ada sesuatu di antara kau dan dia…

aku tidak mahu berfikir negatif tentang kau..aku tidak mahu hanya kerana itu kita bergaduh…jadi aku hanya menglike post itu…aku tidak mahu terus membaca post itu..kerana ia membuat kan hati ini hilang kepercayaan dengan kau..oleh itu aku terus keluar dari wall kau..beberapa minit kemudian..hati aku terasa memanggil-manggil aku untuk kembali ke post yang tadi aku baca…entah kenapa aku seakan tertarik dengan post itu…tapi..aku sudah tidak jumpa..post itu hilang…aku tidak tahu sama ada kau yang padam atau dia yang padam…aku semakin yakin tentang sesuatu antara kau dan dia menang ada sesuatu yang aku tidak ketahui…sehinggalah dia menghantar chat kepada ku…menceritakan apa di sebalik kisah persahabatan kau dan dia…dari situ…aku tahu..aku sangat kecewa…betapa sakitnya hati bila di tipu..wal hal selama aku bersamanya selama ini aku tidak pernah sesekali menipunya..walaupun aku pernah memutuskan hubungan kita dulu..tapi aku tidak pernah menipu…aku cuba untuk  memikirkan sesuatu yang positif…aku tidak boleh memarahinya…bagi aku bukan dia yang salah..tapi aku…aku yang salah…

aku yang ambil kau dari dia…tapi aku tidak boleh mengalah…walaupun aku tahu..aku yang bersalah…aku mengambil keputusan untuk memberitahunya yang aku dan kau telah bersama…sebagai pasangan …aku tahu dia tentu terkejut…tapi dia tidak marah…malahan dia meminta aku supaya sentiasa bersama kau..dia meminta aku untuk menasihati kau jika kau melakukan kesalahan…dia sangat baik...makin aku chat dengan nya…air mata aku yang dari tadi aku tahan…seakan tidak mampu di bendung lagi…air mata rajin saja mengalir..tapi aku harus menyembunyikan kesedihan aku dari pengetahuan rakan-rakan sebilik aku…akhir chat…dia memberi aku nombor telefon nya…tanpa berlengah aku terus menyimpan nombornya di dalam henset aku…laptop yang terbuka aku biarkan bernyala..aku terus merebahkan diri di atas katil…aku menangis sepuasnya…terngiang-ngiang apa yang kami bualkan tadi.. dari cerita yang dia sampaikan…aku tahu dia terlalu menyukai kau…aku ingat lagi kata-kata yang dia ucapkan…

dia memerlukan setahun untuk melupakan kau…nampak sangat kau begitu berharga untuk dia…dia tahu semuanya tentang kau..membuatkan aku merasa aku bukan lah siapa-siap bagi kau…aku sememangnya tidak layak untuk bersama dengan kau… aku mengambil keputusan untuk menghantar msg kepada dia..untuk  menerima salam perkenalan yang dia tawarkan…aku tahu ia akan menjadikan aku bertambah sakit…tapi aku juga tidak mahu dia berfikir yang aku tidak sudi berteman dengannya…sejak itu aku dan dia sering berhubung…sakit di hati juga makin bertambah…ketika dia menceritakan tentang kau…setiap hari la bilik aku banjir dengan air mata…walaupun sudah di tegah oleh kawan –kawan aku supaya jangan bermain msg dengan dia kerana akan membuatkan aku bertambah sedih..tapi aku tetap degil untuk terus mengorek rahsia yang ada pada kau…kawan-kawan aku selalu berpesan yang dia hanya ingin merosakkan hubungan kita…dia jahat…tapi aku tidak pernah percaya..kerna aku tahu dia seorang yang baik…dia hanya bercerita tentang kau kerana aku kawan nya..bukan untuk memecahkan hubungan kita…

aku tidak pernah marah pada dia..juga pada kau…tapi aku hanya berfikir jika adalah lebih baik jika kita hanya berteman…mungkin aku membuat keputusan seperti itu kerana aku  sedar yang aku tidak setanding dengan dia yang pernah menjadi teman hidup kau suatu masa dahulu..aku tidak dapat menandingi dia..dia terlalu baik..terlalu solehah…terlalu cantik…jauh sekali jika hendak di bandingkan dengan diri aku yang tentunya tidak cantik..tidak soleha dan tidak sebaik dia…tapi…kenapa kau tidak pernah mengaku yang aku ini adalah kekasihmu…hina sangat kah aku ini untuk menjadi kekasihmu sehingga kau tidak mengakui status kita…aku tahu itu dari dia..dia yang memberi tahu aku..katanya…dia ada bertanya kepada kau.

.apa kau punya kekasih atau tidak..tapi kau jawab tidak..walhal ketika itu kita masih bersama…apabila dia bertanya tentang aku pada kau..kau hanya mengatakan yang aku ini kawan…apa maksud itu semua…jika benar kalian masih menyimpan rasa suka..mengapa tidak kalian bersama…apa kekurangan yang ada pada diri aku ini yang membuatkan kau malu untuk mengaku tentang siapa aku ketika itu..?? tidak lama selepas itu..kau menelefon aku..aku tahu apa yang kau ingin katakan..aku hanya diam seribu bahasa..aku lagi sedih bila kau fikir aku yang mula menghantar chat kepada dia…kenapa kau cakap begitu..sedangkan aku tidak pernah terfikir untuk menghantar chat kepadanya..dia yang mula menghantar chat kepada ku…dia yang mula menceritakan segala-galanya..jalan yang terbaik aku fikirkan adalah melepaskan kau..aku tidak mahu di kata perampas…jauh sekali…walaupun kau berkali-kali memohon maaf pada aku…namun…ia tidak dapat mengubati rasa sakit di hati apabila ditipu…

jika ini jalan yang terbaik…lebih baik kita putus…tidak aku sangka aku akan menangis kerana seorang lelaki…dulu aku selalu berpesan kepada rakan-rakan aku supaya tidak menangis kerana lelaki..tapi sekarang…aku juga yang terkena…segala pujuk rayu kau tidak berkesan langsung di hati…bukan marah yang aku rase ketika itu tapi lebih kepada rasa kecewa dan sedih yang  aku rasa…aku tau..aku tidak patut marah..kerana itu hak kau..aku tiada hak untuk menghalang …selagi kau belum menjadi hak aku yang sah..segala yang kau lakukan bukan atas kebenaranku..mungkin kau hanya ingin mencari yang terbaik…lagi pula aku redha..dan merasa aku layak untuk di kecewakan…mungkin ini la balasannya kerana aku telah memutuskan kau dahulu..ini yang kau harapkan mungkin..mulai hari itu..aku menyepikan diri..henset aku matikan..di fb juga kau aku block..aku tidak mahu ada apa-apa yang berkaitan dengan kau…dendam kau aku kira sudah terbayar lunas…aku mahu melupakan kau..selamanya…walaupun perkara itu mustahil…tapi aku akan cuba…

sudah beberapa hari aku tidak msg kau…memang payah tapi aku harus kuat...peperiksaan akhir sem akan tiba tidak lama lagi…aku akan berusaha untuk fokus pada peperiksaan aku..aku tidak mahu disebabkan kau..masa depan aku gelap..kau bukan siapa-siapa..biarlah kau bahagia…aku tidak  mahu menjadi pengganggu atas kebahagiaan yang kau bakal kecapi..selepas habis kertas terakhir untuk peperiksaan aku..aku kembali menghidupkan henset yang telah sekian lama terpadam…memang banyak msg  dan panggilan dari teman-teman..tidak terkecuali dari kau…setiap msg yang kau kirim aku baca…membaca msg kau membuatkan aku menangis..bukan kerana kecewa tapi kasihan…kau masih mengharapkan aku rupanya…terima kasih kerana masih mengharapkan aku…baru saja aku mengaktifkan henset aku…kau call…nada suara kau mendatar sahaja…mungkin kau sudah mula berputus asa memujuk aku…saat kau meminta maaf membuatkan hati aku kembali sakit…kau juga berjanji tidak akan membuat aku menangis lagi…

kau mengakui semua  kesalahan yang kau buat..dan kembali meminta maaf pada aku..entah kenapa hati aku cepat untuk melupakan segala nya..aku memaafkan kau..tapi aku tetap tidak boleh kembali kepada kau..bagi aku..mungkin berteman lebih baik dari bercinta…ikatan persahabatan tidak akan putus seperti ikatan percintaan…kau akan jadi teman  berjantina lelaki yang paling rapat dengan aku…kerana aku memang kurang berkawan dengan lelaki…sejak itu kita berkawan…walaupun sering kali kau meminta aku untuk kembali menjadi kekasih kau..tapi aku tetap menolak…mungkin kerana rasa sakit yang belum sepenuhnya pulih..mungkin juga aku mulai takut untuk menerima cinta dari lelaki…takut di kecewakan…sepanjang kita berkawan…kau terbuka untuk menceritakan segala tentang kau..segala rahsia kau…dan seperti biasa aku menjadi pendengar yang setia..entah kenapa..aku memang gemar mendengar cerita dari kawan-kawan aku…ketika kau menceritakan tentang aktiviti kau pergi ke club malam…aku seakan tidak percaya..

tetapi aku tidak pernah memikirkan yang benda itu salah…mungkin kerana sebelum ini sepupu aku juga pernah memberitahu aku kebanyakan lelaki seumur dengan dia akan pergi ke club malam untuk menghilangkan stress..jadi aku tidak terlalu kesah dengan itu…lagi pun kau juga memberi tahu aku yang kau tidak pernah menyentuh air kencing setan walau pernah memasuki tempat itu..aku percaya..kau tidak akan buat benda yang di luar batasan..kata kau…itu rahsia antara kita berdua…ibu dan adik-adik kau juga tidak mengetahuinya…aku menghormati keputusan kau yang tidak ingin sesiapa mengetahuinya..aku juga merasa itu bukan sesuatu yang perlu di ceritakan kepada orang terdekatnya...tapi beberapa  hari kemudian…ex-gf kau memberitahu aku tentang itu…aku tidak terkejut kerana aku sudah mengetahuinya terlebih dahulu…tapi bagaimana dia tahu..apa rahsia itu kau bukan hanya berkongsi dengan aku..tetapi juga kau kongsi dengan dia…hati mula kecewa lagi…aku ingat 

Cuma aku seorang yang tahu tentang itu…rupanya ada orang lain yang tahu…itu bermakna aku ini bukan lah seorang yang special untuk kau…kau juga menceritakan rahsia kau pada orang lain..kiranya itu bukan rahsia lagi…tapi saat dia menceritakan yang sebenarnya..aku mula bersalah pada kau..rupanya bukan kau yang menceritakan rahsia itu pada dia..dia tahu dari teman-teman kau yang turut sama mengikut kau ke club malam…aku fikir kau yang menceritakan kepadanya..nyata nya kau memang hanya cerita pada aku seorang…dia suruh aku menasihatkan kau supaya tidak pergi ke tempat itu…dia kata kau perlu di bimbing…dia kata kau dah berubah…dia berkata –kata seolah-olah sudah faham tentang diri kau..bertuah nya kau dapat kekasih macam dia..walaupun kau dan dia sudah putus tapi kau beruntung kerana memiliki seseorang yang ambil berat tentang kau..faham tentang kau…aku tidak tahu kenapa…aku rasa cemburu sangat…dia kata dia tahu yang kau pergi ke club malam dari kawan kau..tapi kawan  kau tidak membenarkan dia memberitahu aku siapa namanya…dan kawan kau juga berpesan kepada dia supaya jangan memberitahu kau bahawa dia yang menceritakan segala-galanya kepada ex kau tu…

aku mula curiga..kenapa macam tu pula..benarkah itu kawan baik kau…kalau kawan..kenapa seolah-olah mahu tikam belakang…tapi bila aku bertanya tentang itu pada ex kau…dia hanya menjawab mungkin kawan kau itu tidak mahu bergaduh dengan kau dan ingin kau berubah…betul kah begitu…aku malas nak fikir lagi…yang penting aku tetap percaya pada kau yang kau tidak akan melakukan sesuatu yang bertentangan dengan agama…malam itu aku menerima panggilan dari kau..aku gembira sangat sebab boleh dengar suara kau…tapi rase gembira itu tidak panjang..kau tuduh aku memecahkan rahsia kau pada orang…kau tuduh aku cerita rahsia kau pada dia..pada ex kau…

mungkin kau takot yang ex kau tidak akan menyukai kau bila dia tahu yang kau pernah ke club malam…tapi kenapa kau tidak pernah percaya dengan aku…aku tidak mungkin akan menceritakan rahsia orang lain…aku berpegang pada janji…tapi kau tetap tuduh aku…lepas itu kau marah aku…kau tengking aku..itu pertama kali kau tengking aku..kau marah aku hanya disebabkan dia..hanya disebabkan dia tahu tentang kau pergi ke club malam…hanya disebabkan dia kau marah aku teruk-teruk…aku benci kau..sudah jelas..dia begitu berarti untuk kau..dia begitu penting dalam hidup kau..sehingga kau percaya bulat-bulat apa yang dia cakap…mulai saat itu aku memang benci dengan kau…aku tak akan berkawan dengan kau…aku tak akan layan kau lagi…sumpah aku memang benci dan kecewa dengan kau…
         

 Tapi aku tak sanggup untuk melakukan nya…kerana hanya kau yang ada dalam kehidupan aku sebagai seorang kawan lelaki..aku tak ada kawan lelaki yang lain..hanya kau sahaja yang sudi berkawan dengan aku..aku tak faham dengan sikap kau..kadang kau seolah-olah bersungguh-sungguh untuk membuktikan yang kau sayang dengan aku, tapi kadang juga kau macam sudah tawar hati dengan aku. Kadang aku terharu dengan ape yang kau buat. Mase tu kau datang ke johor raye kat  rumah aku. Aku macam tak percaya yang kau datang, ingatkan kau tak jadi datang. Aku suka sangat bila dapat jumpe kau. Sejak tu, kau layan aku baik sangat, kau macam sayang sangat dengan aku. Terima kasih. Tapi maaf aku tetap tak boleh percaya kau sepenuh nya dan tak boleh nak terima kau lagi. Aku dah bertekad yang aku tak nak caple dengan sapa- sapa..lebih baik kita terus kawen kalau kau betul- betul sayang aku..kau pon pernah datang poli aku. rase macam tak percaya. Tapi lepas tu kau buat aku menangis lagi..kau buat lagi..kenape kau suke buat aku menangis. Tau tak,,aku selalu menangis sebab kau tau. 

Aku takut kau pergi dari aku..walaupun sebenarnya aku tak ade hak untuk halang kau pergi..kau berhak untuk ada gf baru ..sb kita kan kawan je sekarang. Kau dah lame tak msg n call aku..sunyi tau tak..aku nak anta msg dulu,tapi aku malu la..aku nak call tapi aku malu..aku selalu tunggu kau msg n call aku..walaupun kau memang  jarang dh nak msg or call aku..kalau kau dah ade  awek..cakap la..jangan buat aku terus berharap pade kau..memang la aku tak pernah tunjuk pada kau yang aku suka kau..tapi cume hati aku je yang tau yang aku betul-betul sayang kau..aku harap sangat kita dapat hidup bersame nanti..tapi engan cara kau ni..aku rae harapan aku tu cume tinggal kenangan je..aku akan ingat semua kenangan yang kau bagi..lagu langit menangis yang kau nyanyikan untuk aku tu aku akan nyanyi kalau aku rindu kau..cincin yang kau bagi tu…aku akan pakai kalau aku rindu kau…

tapi tak lame lagi cincin tu aku dah tak boleh pakai..sebab itu hak kau..kau nak aku pulangkan cincin tu..berat hati la nak pulangkan..tapi kalau kau dah mintak aku kena la bagi kan..mesti kau nak bagi pada si dia yang kau suka kan..aku tau hati kau sekarang dah tawar dengan aku..kenapa kau tak pernah tau rase hati aku pada kau..tau tak..aku dah suka kau dari dulu lagi…dari form 5 lagi…dulu aku tak sear yang aku dah suka kau…aku terlalu ego nak mengaku..mungkin kita memang tak di takdirkan bersama..tapi  aku masih berharap pada kau..aku akan tunggu kau sampai kau dah ada pengganti..sampai kau dah caple dengan orang lain..atau sampai umur aku 25 tahun..aku tunggu kau..selalu tunggu kau..aku akan jaga hati aku untuk kau..insyaallah..walaupun aku tau aku akan kecewa nanti….

No comments:

Post a Comment